Tuesday 24 April 2012

kisah seram di upm(aku copy paste nih)


Fakulti Berhantu Malam Khamis (FBMK) UPM

DSC01693
Hari Khamis, malam Jumaat adalah hari yang paling orang Melayu suka bercerita hantu. Kenapa yea? Ramai kata malam Jumaat adalah hari hantu-hantu sedunia keluar… Pontianak, pocong, hantu raya, jembalang mata satu, mata dua, mata tiga, bermata-mata… Budak kecik a.k.a toyol pun ada. Nak mencari pendapatan katakan…
Jadi aku pun nak memulakan cerita hantu di UPM. Kome tau tak fakulti mana yang paling terkenal dengan cerita begini? Sudah tentunya yang lain dan tak bukan fakulti bahasa moden dan komunikasi (FBMK).
Ini bermula apabila kawan aku, si budak fbmk membuka cerita di suatu malam yang hening…. Dimulakan dengan kisah seorang pensyarah dikacau dalam pejabat sendiri di fbmk, blok B. Pada suatu malam beliau balik lewat dari pejabat sebab nak uruskan beberapa hal yang tertangguh. Ketika beliau sedang kunci pintu pejabat hendak pulang lebih kurang dalam jam 10-11 malam, beliau terdengar bunyi pelik dalam pejabat. Sret srot sret srot. Pelik. Tak apalah katanya, Dah lewat malam pun. Balik jer la dulu.
Keesokannya apabila beliau masuk dalam pejabat, beliau terkejut melihat berselerak pejabatnya. Fail bertebaran di atas lantai. Kertas-kertas berselerak di atas meja. Kesan cakar sana sini situ pada dinding. Seperti ada makhluk yang mengamuk… Rupanya ada yang tak suka beliau kerja lebih masa. Buat apa lama-lama di pejabat sehingga waktu malam. Dah cukup masa, balik jer la. Itu mesej si pembuat kacau agaknya. Setelah kes itu berlaku, tak digalakkan pensyarah balik lewat malam di fbmk…
Dikisah yang lain pula, pernah ada seorang pensyarah terlanggar pintu utama sliding doorfbmk. Beliau ingatkan pintu sudah terbuka jadi jalan la cepat-cepat tapi rupanya tak.Bammm! Terlanggar sampai retak pintu tu dibuatnya. Takkan terlanggar pun boleh retak, bukan? Seperti ada yang sengaja menolak sekali supaya langgaran menjadi kuat. Tidak dapat dipastikan apakah ‘benda’ tu. Pensyarah tersebut dikejarkan ke wad ICU…
Hit hard you know!loaHantu mungkin?,,,,,
Hantu? truonNi part yang palinggggg aku tak suka nak dengar sebab akan kacau semua sistem dalam kepala otak aku pada waktu malam ni. Aku jenis tak suka tengok cerita seram, hantu dan mana-mana berkait rapat dengan tajuk berikut. Kekacauan kepala otak aku mengenainya nanti..yociexp99
(kalau aku tulis ni, baca cam tak seram… layan jer la eak.)
Nak dijadikan cerita, pada hari Selasa kelmarin, pensyarah aku, En. Muhamad Rosli ada menyelitkan beberapa kisah yang aku rasakan tak patut aku ceritakan kerana akan menghantui aku nanti… Tapi tak per la. Korang gak yang nak dengar. Aku hanya menceritakan apa yang diceritakan (dengan beberapa tambahan perisa oleh aku, sudah tentunya.)
Sedang kusyuk kami mendengar kuliah sampaian beliau… TIBA-TIBA… microphoneberdehem secara sendiri. Ssmsmmssmsms…. smsmsmsmsmsm…. Dua kali tuu. Terus senyap satu kelas. 2-3 minit lepas tu En. Rosli bersuara.
“Ai, ada juga yang nak menyampaikan kuliah nampaknya,” beliau pun menglambai-lambai tangan di microphone.
“Awak nampak tak?” Aku dan yang lain geleng kepala jer. Apa ke hal ni? Biasa jer la kan kalau microphone tu berdehem. Masalah technical selalunya.
Masa tu la mula beliau bercerita pasal kisah hantu di FBMK. Katanya jangan terkejut kalau ada perkara pelik dalam kawasan FBMK ni. Apa!!? 00
“Awak kalau masuk kelas sorang-sorang lepas tu nampak meja dekat kerusi tiba-tiba naik elok jer. Nampak elok seperti ‘ada’ yang datang kelas, awak nak buat apa?” kata beliau sambil memandang kami. m131
Aku dan yang lain-lain terdiam. Meremang bulu roma aku mendengarnya.
“Kalau saya lah, saya bungkus beg saya, ambil pen. Terus keluar ikut pintu tu.”
“Kalau tak sempat, terus jer cabut begitu tinggalkan semua barang ni. Takkan nak menunggu benda tu buat benda lain lak kan?” kata beliau sambil memandang kami serius.
Tu tanda ‘ada’ yang nak duduk belajar bersama kita. Kalau biarkan lama-lama bersendirian, lain pulak jadinya.
“Saya dah ada banyak pengalaman bekerja di FBMK ni. Pernah satu ketika dulu sedang elok saya mengajar tiba-tiba slide putih depan ni naik secara automatik tanpa ada orang tekan suisnya” sambil beliau menunjuk tangan ke arah slide putih di hadapan kami.
“Pernah juga sedang elok saya masuk ke kelas, kerusi pensyarah tiba-tiba berpusing secara sendiri. Dan semua tu berlaku dalam kelas ni.” ujar beliau lagi.
DSC01678
Slide putih dan kerusi berpusing secara sendirinya…
Alamak!? Tak la aku tau kelas ni berhantu lak. Aiseh.sowa
Pesan beliau, kalau kami datang dan masuk kelas ni awal, berseorangan tanpa ada orang lain, sila tunggu di luar kelas. There is a high chance that the 2nd person in here is not human.
Erkkk… biar betul!? Dulu aku ada la jugak kelas BBC2401 di sini. Aku pernah masuk kelas seorang diri jer tau. Masa tu tengah hari. Masa aku masuk tu, aku dah rasa aura seram. Mana taknya, bulu roma tengkuk aku naik tiap kali duduk sorang-sorang. Bukan sekali tapi dekat 2-3 jugak la aku berseorangan di dalam kelas ni. Alhamdullillah tak da pun ‘benda’ tu kacau aku. Nasib, nasib…
DSC01756
Tetiba meja kerusi naik secara sendiri… krek…
Apa yang menariknya lagi, bunyi kompang lain dari yang lain hanya boleh didengari di FBMK ini. Ujar En. Rosli, jika ada yang teringin, boleh pergi di belakang blok B FBMK. Belakang kelas ini sahaja katanya. Datang untuk mendengar bunyian tersebut. Syaratnya adalah pada hari Jumaat, dalam waktu 11am-1pm sebelum orang solat Jumaat. Berseorangan. Insya-Allah, akan dengar bunyi suasana meriah seperti kita pergi kenduri orang kahwin. Tepat pukul 1pm pasti ada bunyi orang berkompang.
“Awak pastikan datang seorang diri tau. Jangan bawa kawan-kawan pulak. Nanti awak kata saya merepek pulak.” Tambah beliau.
Ish, ada kerja pulak aku nak pergi situ sorang-sorang. Sedang aku sedap dengar bunyi kompang tu, mau aku kena tarik masuk alam lain nanti. Kampung bunian yang misteri…
Apapun, kalau ada sesiapa yang teringin tu, boleh la mencuba yea. Nanti bolehlah cerita kepada saya betul atau tak. ^^. (kalau hidup lagi…)
DSC01686
DSC01687
Kawasan lapang di belakang blok B, bangunan kelas KOH3333 aku (bilik Hamka). Jom kalau ada yang berani seorang diri di sini dengar bunyi kompang.

“Dulu ada sekumpulan pelajar nak buat majlis di kawasan lapang di hadapan FBMK. Kawasan yang ada pokok krismas tu.Saya tak benarkan. Saya kata kalau nak buat, buat di atas jalan raya di hadapan bangunan FBMK sahaja. Apabila majlis berlangsung, 3 orang pelajar dihantar ke hospital sebab terkena histeria. Bayangkan jikalau dilakukan di kawasan lapang tu… Saya yakin tiada yang terlepas pengalaman histeria di situ.” kata beliau serius.
Tergelak pula aku dengarnya. Tak di kawasan lapang tu, kawasan jalan pun ada yang histeria. Apapun, aku dapat rasakan kawasan tu adalah kawasan ‘keras’. Baik jangan buat hal situ jika tak da kerja.
DSC01688 DSC01689
Ini pula di belakang Pusat Pendidikan Jarak Jauh (PJJ). Lapang semacam jer… Seram tau bila aku lalu nak tangkap gambar di sini.
“Kalau nampak ada makcik cleaner ke hulu ke hilir selepas waktu pejabat, janganlah awak tegur. Terutamanya waktu senja, di tandas.” kata En. Rosli.
Kami terdiam seketika lagi. Apa yang peliknya dengan makcik cleaner?
Cleaner kerja waktu pejabat jer. Mana ada kerja overtime di sini. Lagipun,  akan awak nampak belakang dia jer. Waktu Maghrib, waktu selalu muncul. Awak fikir siapa tu?”
Dum..dum..dum.. Seramnya!!!? Aku dah la balik kelas ni waktu Maghrib. Selalu jugak la pergi tandas sebelum balik. Harap-harap tak terserempak makcik cleaner. Nanti lintang-pungkang aku lari depan dia. Ahahaha.
Lagi korang nak tau tak, pengawal keselamatan aka pak guard UPM diletakkan seramai 6 orang di FBMK. Ini telah mengalahkan kedudukan pak guard di fakulti-fakulti lain. Alasannya? Tak tahan kena kacau dengan ‘makhluk’ lain. Biar berpasangan. Kuranglah kekacauan sikit.
Patutla kawan fbmk aku kata, tiada kelas malam dijalankan di FBMK terutamanya di Sanggar Bahasa. Tempat yang paling dekat dengan jirat cina dan kubur Melayu Islam.
Kalau ada pun jumlahnya adalah sedikit. Bayangkan kalau balik kelas pada pukul 11pm… seorang diri sambil tunggu bas depan FBMK… bila toleh kiri…
wpd3hLama jugak la bas ni. Kolej kita kat KTP…takutla balik sorang”  uhm82
Kisah tambahan juga ada berkaitan dengan rumah khas untuk Naib Canselor (NC) atas bukit belakang FBMK. Takda NC setakat ni yang kekal tinggal di rumah tersebut sepanjang menjadi NC UPM. Berhantu. Duduk jer kena kacau. Macam-macam bunyi kedengaran tatkala bulan mula naik menunjukkan diri….
Aku pernah jugakla tengok rumah tu semasa aku pergi ladang 5 di belakang Kolej 6. Sewaktu kelas amalan ladang. Suasana kelilingnya sunyi. Lantai beranda rumah penuh dengan daun-daun kering. Dalam rumah nampak bersih ajer seperti terjaga padahal tiada orang tinggal di situ. Aku lihat lama-lama seakan-akan ada kelibat manusia pula di jendela rumah tersebut. Kabur. Aku pandang semula ke arah instruktor aku. Bila aku toleh nak pastikannya, kosong… Apa lagi, cepat-cepat aku turun mendekati kawan-kawan aku yang lain.
Memang boleh dikatakan – SERAM! Antara rumah yang penuh dengan kisah-kisah misteri…
DSC01685
Ada yang berani nak bermalam di sana tak? Jom…
Teka-teki kenapa FBMK berhantu sebenarnya boleh dijawab dengan mudah. Terdapat dua tempat yang menjadi kesukaan jin dan syaitan tinggal si sana. Lain dan tak bukan – kubur Melayu Islam dan jirat Cina! (untuk makluman, jirat juga dikenali sebagai kubur tetapi kebanyakannya dikhususkan kepada penggunaan kubur cina).
Kalau sesiapa yang berminat nak memberontak tak nak tinggal di kolej-kolej biasa UPM bolehlah pergi ke sini. Ia juga digelar kolej 18 dan kolej Batu II. Pilih salah satu. Blok Cina atau Blok Melayu. Dua-dua selesa. panda5
Aku tak berani nak kata apa sangat pasal jirat Cina sebab aku tak berapalah mengetahui mengenainya. Sejarah penubuhan dan apa-apa maklumat tambahan aku memang tak tahu. Yang pasti, ketika aku  m062 tetiba aku dengar bunyi anjing menyalak entah dari mana. Rupanya ada 2 ekor anjing dari rumah jirat datang ke arah aku. Apa lagi… aku rempit terus!!!
DSC01692
Pintu masuk ke jirat Cina UPM.
DSC01690
 Pandangan dari belakang Sanggar Bahasa.
Kalau kubur Islam Melayu aku tak berapa nampak kelibatnya. Yang aku tahu ianya bersebelahan dengan jirat Cina UPM dan betul-betul belakang Sanggar Bahasa UPM.
DSC01691
Kubur Melayu Islam ada di belakang ini, mungkin?
Walau apapun kita sebagai umat Islam wajib percaya yang memang ada makhluk selain daripada manusia di dunia ini. Jin juga adalah makhluk ciptaan Allah. Jumlah mereka adalah 9 kali ganda daripada jumlah manusia .
Cuma tak perlulah kita takut kepada mereka. Kita hanya perlu takut kepada Allah sahaja. Kenapa perlu takut? Baca sahajalah al-fatihah, ayat kursi, 3 kul.
Kalau berani lagi buat jer begini…ha54y3mmghbua6c0b89 ….. (heh).
(I can confirm nobody would do it, neither do I)
Sekian, wasalam.
DSC01716
Ada kisah lain seperti motor ditumpang ‘1208647ruxv4e4rt6’ ketika lalu depan fbmk di waktu malam?
Jom kongsi komen.

Santau

santau? aku tak nah kene, tp tau la serbe sikit, sebab kawan2 aku ade yg kene, n ayah aku sendiri pun kene, peh seksa kot,, isau je klu kne, bahaye kot menatang ni, so semalam aku baru borak ngan kawan aku name dirahsiakan dan aku gelar die "M", dia pernah disantau org mase die di sabah, mamat ni dak sabah, die ckp klu kat sabah santau menyantau ni perkara biase, klu takat tgk bola api terbang kt udara tu perkara biase, itu bermakna org mengantar santau, dasyat2,,

okeh cerita nye begini, M mse tu berusia 15 tahun camtu, skg dah tua bangke dah, mcm biase bile malam die ngah setting mood nak tidor, baring2, pusing kanan, pusing kiri, pastu tetibe langsir tingkap bilik die terangkat, terbang menerbang, mcm ade angin tiup kuat, die pun pelik, tingkap tak bukak pun, n dlm 5minit gitu, tibe ade satu lembaga baju putih kuar pelahan2 dari tingkap tersebut, slow je, tembus tingkap tu, power gile! rambut panjang, muke tak npk, badan die ade la sebesar budak laki umur 12tahun, pastu lembaga tu masuk n ngilai2, cam org gila, pastu slow2 die dtg menghampiri M, ketika tu M takleh bergerak, keras, nak ckp pun takleh, apatah lg jerit, keras je, lembaga tu semakin dekat, dlm hilai taw lembaga tu dtg terus menghadap muke M, dan sambil ngilai die mencium2 muke M, M tak mampu nak buat ape, hanye boleh nangis je, muke tak npk, tp npk mate merah je, 3hari bende ni tejd n die g tanye nenek die, pastu nenek die bwk berubat, bile selidik2 rupenya ade org nak santau ayah die, tp tekne ke anak, ayah M ni kontraktor, so ramai lah musuh yg dengki kat ayah die,
 kesiann membe aku nih, n mmg power btl die nye pengalaman, klu kite tgk hantu dr jauh mau nye lari lintang pukang, ini kan depan mate, mau tekencing dlm suar,hahaa,,  tak laluu, moge dijauh kan lah bende2 ni, tak sanggup aku, 
 mcm bapak aku kne, jd kurus kering sebelah badan, tak leh angkat tangan sume, then malam  bile nak tido kuar bayang anjing itam, babi hitam, n muke2 hantu yg menyeramkan, then g berubat sane sini alhamdulilah dah sembuh, uztad yg berubat ayah aku tu ckp ade org hantar, hanye melalui salam, ptut la sebelah kanan je, power btl salam je leh anta kan, mcm2 care, isau lak aku nak salam ngan org pasni, n kes ayah aku tu klu tak brubat, lame2 jd lumpuh sebelah badan, ape la dengki nye org kat bapak aku ni, bkn org kaye pun, bkn ape pun nak dengki2, harap Allah saje yg membalas kejahatan org tu,
okeh sekian saje celita ini hali, babai mamba peeacee!!

Sunday 22 April 2012

lelaki merajuk? puih!


apabila kawan2 lelaki anda merajuk, penah jadi tak? dalam kehidupan aku banyak kali da jadi, camne nak tawu dorang merajuk, kite leh tgk, semalam die ngan kite lain, ari ni jd lain, cth nya, tbe2 die diam, ajk borak cam lyn tak lyn, pastu tarik muke wat muke slipar jepun, camtu la lebih kurang, 
antara sebab kawan lelaki ni merajuk dari ape yg aku tgk adalah kite ni tak dapat penuhi permintaan dorang, kite bangkang pendapat drg, kite g makan atau g mane2 tak ajak die, n mcm2 lagi, kdg2 kelakar kdg2 menyampah, letih gak melayan kerenah mcm ni, byg kan la kalau lelaki merajuk, ape nk buat? nk pujuk cam bg lagu jiwang sume ke? nk belai? nk bg bunga?haha memang tak la, susah kan, sebenarnye juz kite boleh slow talk n mintak maaf je la, tu je satu care, siyes,
  dalam berkawan ni, mmg biase lah, ade telajak kate, ade yg melampau perbuatan kite tu, bende2 tu sebenarnye mmg tak sengaja, kite bekawan baik kan, takkan nak buat camtu dgn sengaja, dlm tak sedar senarnye, boleh pikir sendiri, bile dah terbuat gitu, yg merajuk ni takyah la dok beriye2 merajuk, cam pompuan, dok sorang2, nangih la ape ke, kite same2 lelaki, kemonn gentlee skit la, takat sikit2 tu halalkan je, letih baaq hang,

 ini penah jadi sekali, penah geng2 aku buat hal, membe aku merajuk sampai 2mgu, peh letih siott, cube gak nak borak2 n mcm2 care wat nak bg elok, tp tak jd, still merajuk n muke ketatt je, bende ni kalau jd, mule2 org akan rase bersalah, tp klu lame2, peh nyampah kot, org pun mls nak lyn, lg memburuk kan diri kau sendiri di depan org ramai, siyes, lelaki kalau merajuk, mmg buruk,hahaha kot nak merajuk ngan awek tu tak kisah la, itu hal korang berdua, ini kalau same kawan2 laki merajuk gitu, susah org nk bekawan, nk begurau, nak bcakap, nk kongsi pe2, t org akan tbatas sebab takut kau akan merajuk lg, so renung2 kan lah, pada kawan2 yg aku penah sakiti tu, n cakap aku laser nni, aku mintak maaf keh, aku tak berniat pun, sebab baik lah aku ckp terus dari simpan2, n kalau sape yg penah kne marah ngan aku kat padang tu pun same, biasenya dalam padang je, kat luar abis da,,hehe sekian assalamualaikum,, mamba peace yo!!

Friday 20 April 2012

tekanan seorang lelaki!


detik berganti saat, saat beganti minit dan minit berganti jam, rakan2 yg dlu same skolah same kelas, same-same beringus (terutamenya pompuan) semua dah kawin n beranak pinak, sedar tak sedar, cepat betul, murah rezeki kawan2 pompuan aku(mmg subur) dan laki dah buktikan kejantanan drg, gua tabik!
 tp aku masih stdy, peh pressure kot,hahaha kawan2 lain sume dh bina kehidupan dorang masing2, dah ade masjid siap imam makmum bilal sume ckup, tp aku, masih makmum di masjid keluarga bapak aku, mane tak pressure, 
tp bile direnungkan kembali, sebenarnya ada baiknya begini, elok lah aku bina hidup aku dulu, karier, dan paling penting tolong parents aku membesarkan adik2 aku yg 4orang lg tu, then setel sume baru lah pikiaq menatang2 tu sume,
 biase lah tgh2 kehidupan remaja lelaki yg bujang trang tang-tang mmg la tepikir nak bende2 sume tu, nak ade awek la ape la, bini la, ngan kehidupan penuh ngan program macam2 ni, sebenarnya elok lah takde, sebab wat sedih awek tu je, mase tok die takde, nk msg ke, nak kuar ke, bz ke padang jek keje nye, wat porak peranda je, dpt yg phm tu alhamdulilah la, tp bedasarkan permerhatian aku pd kawan2 seperjuangan yg lain, mmg 70% gundah gulana gak la awek2 dorang,haha pe2 pun good luck all brothers! (ni bukan ayat jeles keh) bukan ape dalam 4tahun ni, ade gak pengalaman nak ayt awek itu ini, tp bile dah odway nak ke arah tu, aku takleh nak commit, n drg pun cam tekanan je, so aku pikir2, baik lah mencegah sebelum mengubati, ade baik buruknya la, yg baik nya, ade je org kite nak share masalah, suruh basuh baju ke, nasihat kite ke, control kewangan ke, ape2 ke la kan, bukan sume nye buruk, 
jadi kesimpulannya di sini, takyah la pressure ngan bende2 ni sume, sebab watpe nak ikut orang, ikut diri sendiri, design n coraklah hidup kite sendiri, sebab berjayanya atau gagal nya hidup kita ni di tangan kita bukan org lain, sekian  mambaa peace yo!

Thursday 19 April 2012

Ragbi Ganas dan "lutut piang"

ragbi sukan ganas? yeke, ermm, ganas gak sebenarnye, sebab aku sendiri pun penah patah kaki bile main ragbi ni, tp aku kene kat china sana, aku rasa aku patah kaki tu sebab silap aku sendiri nak main game international, game besar, tp aku tak prepare muscle aku, body aku, bg kuat, dalam malaysia leh la makan, tp kat luar negara, masih belum cukup, jd itu pengajaran untuk aku lah, hehe pengalaman yg best,,


 

 

selain ragbi, banyak lg sukan yg ganas dan berbahaya,  

contoh nya, bola sepak, nampak je sepak2 bola, kot tesepak kaki ke,badan ke kepala ke mana ke, same je ganasnye, hoki, n macam2 lagi sukan yg kalau kite tak ikut peraturan n keselamatan dan teknik yg betul, kecederaan akan berlaku,


 futsal, ganas gak sukan nya, nampak je cam sukaan yg enjoy malam2, main ngan kawan2, gelak2 sane sini, hakikatnya mengikut kajian penganilis sukan futsal sebenarnya jatuh sukan nombor satu paling ganas kat malaysia ni, sebab ape? sebab dlm tak perasan, futsal ni kite main takde refri, so kite main je, hentam sane sini, kan? sebab utama die ramai pemain futsal ni just tok enjoy, n dorang masuk gelanggang pun sebenarnya dengan body yg tak ready, tanpe warm up yg betul, masuk2 terus main, n main plak bantai je dan dari situ lah injured2 teruk akan berlaku seperti adik beradik "CL" iaitu "ACL", "PCL" dan "MCL" (lutut piang baq hang), ini kecederaan urat lutut, doktor tahu la ni, dalam tak sedar, futsal boleh mengakibatkan kecederaan dalam tak sedar, banyak contoh2 di depan mata aku sendiri kene, coach rugby negeri sembilan aku dlu, abg killer, kne ACL masa main futsal, ramai lah contoh2 n pengalaman dorang, so hati2 bile main futsal tu, mungkin malam itu lah tamat nya karier sukan kite, bile lutut piang, mmg takleh nak main ape2, mungkin congkak dan batu seremban je lah yg boleh kite main, pehh, tak sanggupp, harap2 dijauh kan la, mane nak cari makan nti, nak jalan pun susah,



Wednesday 18 April 2012

beginerr


assalamualaikum dan selamat pagi, (depends kat waktu korang bace ni),okeh 1st aku nak cite yg aku ni baru je lg explore menatang BLOG ni,  main hentam je, ikut gerak ati n ade sorang guru yg tlg iaitu coursemate aku, tq dira =),

tujuan utama aku buat blog ni untuk luahan perasaan aku ttg dunia ni, hidup aku, hidup kawan2 aku, family aku, n terutama sekali sukan ragbi di UPM mahupun malaysia ni, sebab ape "ragbi"?  ragbi sebenarnye banyak membantu dalam hidup aku ni, sangat2, dlm bab jodoh je belum mebantu lg, tp bab lain alhamdulilahh syukurr, tp bab jodoh tu aku rase coming soon la nih,,hahaha. sekian post sulong aku,  -Anwarrul Aswad-