Tuesday 24 April 2012

kisah seram di upm(aku copy paste nih)


Fakulti Berhantu Malam Khamis (FBMK) UPM

DSC01693
Hari Khamis, malam Jumaat adalah hari yang paling orang Melayu suka bercerita hantu. Kenapa yea? Ramai kata malam Jumaat adalah hari hantu-hantu sedunia keluar… Pontianak, pocong, hantu raya, jembalang mata satu, mata dua, mata tiga, bermata-mata… Budak kecik a.k.a toyol pun ada. Nak mencari pendapatan katakan…
Jadi aku pun nak memulakan cerita hantu di UPM. Kome tau tak fakulti mana yang paling terkenal dengan cerita begini? Sudah tentunya yang lain dan tak bukan fakulti bahasa moden dan komunikasi (FBMK).
Ini bermula apabila kawan aku, si budak fbmk membuka cerita di suatu malam yang hening…. Dimulakan dengan kisah seorang pensyarah dikacau dalam pejabat sendiri di fbmk, blok B. Pada suatu malam beliau balik lewat dari pejabat sebab nak uruskan beberapa hal yang tertangguh. Ketika beliau sedang kunci pintu pejabat hendak pulang lebih kurang dalam jam 10-11 malam, beliau terdengar bunyi pelik dalam pejabat. Sret srot sret srot. Pelik. Tak apalah katanya, Dah lewat malam pun. Balik jer la dulu.
Keesokannya apabila beliau masuk dalam pejabat, beliau terkejut melihat berselerak pejabatnya. Fail bertebaran di atas lantai. Kertas-kertas berselerak di atas meja. Kesan cakar sana sini situ pada dinding. Seperti ada makhluk yang mengamuk… Rupanya ada yang tak suka beliau kerja lebih masa. Buat apa lama-lama di pejabat sehingga waktu malam. Dah cukup masa, balik jer la. Itu mesej si pembuat kacau agaknya. Setelah kes itu berlaku, tak digalakkan pensyarah balik lewat malam di fbmk…
Dikisah yang lain pula, pernah ada seorang pensyarah terlanggar pintu utama sliding doorfbmk. Beliau ingatkan pintu sudah terbuka jadi jalan la cepat-cepat tapi rupanya tak.Bammm! Terlanggar sampai retak pintu tu dibuatnya. Takkan terlanggar pun boleh retak, bukan? Seperti ada yang sengaja menolak sekali supaya langgaran menjadi kuat. Tidak dapat dipastikan apakah ‘benda’ tu. Pensyarah tersebut dikejarkan ke wad ICU…
Hit hard you know!loaHantu mungkin?,,,,,
Hantu? truonNi part yang palinggggg aku tak suka nak dengar sebab akan kacau semua sistem dalam kepala otak aku pada waktu malam ni. Aku jenis tak suka tengok cerita seram, hantu dan mana-mana berkait rapat dengan tajuk berikut. Kekacauan kepala otak aku mengenainya nanti..yociexp99
(kalau aku tulis ni, baca cam tak seram… layan jer la eak.)
Nak dijadikan cerita, pada hari Selasa kelmarin, pensyarah aku, En. Muhamad Rosli ada menyelitkan beberapa kisah yang aku rasakan tak patut aku ceritakan kerana akan menghantui aku nanti… Tapi tak per la. Korang gak yang nak dengar. Aku hanya menceritakan apa yang diceritakan (dengan beberapa tambahan perisa oleh aku, sudah tentunya.)
Sedang kusyuk kami mendengar kuliah sampaian beliau… TIBA-TIBA… microphoneberdehem secara sendiri. Ssmsmmssmsms…. smsmsmsmsmsm…. Dua kali tuu. Terus senyap satu kelas. 2-3 minit lepas tu En. Rosli bersuara.
“Ai, ada juga yang nak menyampaikan kuliah nampaknya,” beliau pun menglambai-lambai tangan di microphone.
“Awak nampak tak?” Aku dan yang lain geleng kepala jer. Apa ke hal ni? Biasa jer la kan kalau microphone tu berdehem. Masalah technical selalunya.
Masa tu la mula beliau bercerita pasal kisah hantu di FBMK. Katanya jangan terkejut kalau ada perkara pelik dalam kawasan FBMK ni. Apa!!? 00
“Awak kalau masuk kelas sorang-sorang lepas tu nampak meja dekat kerusi tiba-tiba naik elok jer. Nampak elok seperti ‘ada’ yang datang kelas, awak nak buat apa?” kata beliau sambil memandang kami. m131
Aku dan yang lain-lain terdiam. Meremang bulu roma aku mendengarnya.
“Kalau saya lah, saya bungkus beg saya, ambil pen. Terus keluar ikut pintu tu.”
“Kalau tak sempat, terus jer cabut begitu tinggalkan semua barang ni. Takkan nak menunggu benda tu buat benda lain lak kan?” kata beliau sambil memandang kami serius.
Tu tanda ‘ada’ yang nak duduk belajar bersama kita. Kalau biarkan lama-lama bersendirian, lain pulak jadinya.
“Saya dah ada banyak pengalaman bekerja di FBMK ni. Pernah satu ketika dulu sedang elok saya mengajar tiba-tiba slide putih depan ni naik secara automatik tanpa ada orang tekan suisnya” sambil beliau menunjuk tangan ke arah slide putih di hadapan kami.
“Pernah juga sedang elok saya masuk ke kelas, kerusi pensyarah tiba-tiba berpusing secara sendiri. Dan semua tu berlaku dalam kelas ni.” ujar beliau lagi.
DSC01678
Slide putih dan kerusi berpusing secara sendirinya…
Alamak!? Tak la aku tau kelas ni berhantu lak. Aiseh.sowa
Pesan beliau, kalau kami datang dan masuk kelas ni awal, berseorangan tanpa ada orang lain, sila tunggu di luar kelas. There is a high chance that the 2nd person in here is not human.
Erkkk… biar betul!? Dulu aku ada la jugak kelas BBC2401 di sini. Aku pernah masuk kelas seorang diri jer tau. Masa tu tengah hari. Masa aku masuk tu, aku dah rasa aura seram. Mana taknya, bulu roma tengkuk aku naik tiap kali duduk sorang-sorang. Bukan sekali tapi dekat 2-3 jugak la aku berseorangan di dalam kelas ni. Alhamdullillah tak da pun ‘benda’ tu kacau aku. Nasib, nasib…
DSC01756
Tetiba meja kerusi naik secara sendiri… krek…
Apa yang menariknya lagi, bunyi kompang lain dari yang lain hanya boleh didengari di FBMK ini. Ujar En. Rosli, jika ada yang teringin, boleh pergi di belakang blok B FBMK. Belakang kelas ini sahaja katanya. Datang untuk mendengar bunyian tersebut. Syaratnya adalah pada hari Jumaat, dalam waktu 11am-1pm sebelum orang solat Jumaat. Berseorangan. Insya-Allah, akan dengar bunyi suasana meriah seperti kita pergi kenduri orang kahwin. Tepat pukul 1pm pasti ada bunyi orang berkompang.
“Awak pastikan datang seorang diri tau. Jangan bawa kawan-kawan pulak. Nanti awak kata saya merepek pulak.” Tambah beliau.
Ish, ada kerja pulak aku nak pergi situ sorang-sorang. Sedang aku sedap dengar bunyi kompang tu, mau aku kena tarik masuk alam lain nanti. Kampung bunian yang misteri…
Apapun, kalau ada sesiapa yang teringin tu, boleh la mencuba yea. Nanti bolehlah cerita kepada saya betul atau tak. ^^. (kalau hidup lagi…)
DSC01686
DSC01687
Kawasan lapang di belakang blok B, bangunan kelas KOH3333 aku (bilik Hamka). Jom kalau ada yang berani seorang diri di sini dengar bunyi kompang.

“Dulu ada sekumpulan pelajar nak buat majlis di kawasan lapang di hadapan FBMK. Kawasan yang ada pokok krismas tu.Saya tak benarkan. Saya kata kalau nak buat, buat di atas jalan raya di hadapan bangunan FBMK sahaja. Apabila majlis berlangsung, 3 orang pelajar dihantar ke hospital sebab terkena histeria. Bayangkan jikalau dilakukan di kawasan lapang tu… Saya yakin tiada yang terlepas pengalaman histeria di situ.” kata beliau serius.
Tergelak pula aku dengarnya. Tak di kawasan lapang tu, kawasan jalan pun ada yang histeria. Apapun, aku dapat rasakan kawasan tu adalah kawasan ‘keras’. Baik jangan buat hal situ jika tak da kerja.
DSC01688 DSC01689
Ini pula di belakang Pusat Pendidikan Jarak Jauh (PJJ). Lapang semacam jer… Seram tau bila aku lalu nak tangkap gambar di sini.
“Kalau nampak ada makcik cleaner ke hulu ke hilir selepas waktu pejabat, janganlah awak tegur. Terutamanya waktu senja, di tandas.” kata En. Rosli.
Kami terdiam seketika lagi. Apa yang peliknya dengan makcik cleaner?
Cleaner kerja waktu pejabat jer. Mana ada kerja overtime di sini. Lagipun,  akan awak nampak belakang dia jer. Waktu Maghrib, waktu selalu muncul. Awak fikir siapa tu?”
Dum..dum..dum.. Seramnya!!!? Aku dah la balik kelas ni waktu Maghrib. Selalu jugak la pergi tandas sebelum balik. Harap-harap tak terserempak makcik cleaner. Nanti lintang-pungkang aku lari depan dia. Ahahaha.
Lagi korang nak tau tak, pengawal keselamatan aka pak guard UPM diletakkan seramai 6 orang di FBMK. Ini telah mengalahkan kedudukan pak guard di fakulti-fakulti lain. Alasannya? Tak tahan kena kacau dengan ‘makhluk’ lain. Biar berpasangan. Kuranglah kekacauan sikit.
Patutla kawan fbmk aku kata, tiada kelas malam dijalankan di FBMK terutamanya di Sanggar Bahasa. Tempat yang paling dekat dengan jirat cina dan kubur Melayu Islam.
Kalau ada pun jumlahnya adalah sedikit. Bayangkan kalau balik kelas pada pukul 11pm… seorang diri sambil tunggu bas depan FBMK… bila toleh kiri…
wpd3hLama jugak la bas ni. Kolej kita kat KTP…takutla balik sorang”  uhm82
Kisah tambahan juga ada berkaitan dengan rumah khas untuk Naib Canselor (NC) atas bukit belakang FBMK. Takda NC setakat ni yang kekal tinggal di rumah tersebut sepanjang menjadi NC UPM. Berhantu. Duduk jer kena kacau. Macam-macam bunyi kedengaran tatkala bulan mula naik menunjukkan diri….
Aku pernah jugakla tengok rumah tu semasa aku pergi ladang 5 di belakang Kolej 6. Sewaktu kelas amalan ladang. Suasana kelilingnya sunyi. Lantai beranda rumah penuh dengan daun-daun kering. Dalam rumah nampak bersih ajer seperti terjaga padahal tiada orang tinggal di situ. Aku lihat lama-lama seakan-akan ada kelibat manusia pula di jendela rumah tersebut. Kabur. Aku pandang semula ke arah instruktor aku. Bila aku toleh nak pastikannya, kosong… Apa lagi, cepat-cepat aku turun mendekati kawan-kawan aku yang lain.
Memang boleh dikatakan – SERAM! Antara rumah yang penuh dengan kisah-kisah misteri…
DSC01685
Ada yang berani nak bermalam di sana tak? Jom…
Teka-teki kenapa FBMK berhantu sebenarnya boleh dijawab dengan mudah. Terdapat dua tempat yang menjadi kesukaan jin dan syaitan tinggal si sana. Lain dan tak bukan – kubur Melayu Islam dan jirat Cina! (untuk makluman, jirat juga dikenali sebagai kubur tetapi kebanyakannya dikhususkan kepada penggunaan kubur cina).
Kalau sesiapa yang berminat nak memberontak tak nak tinggal di kolej-kolej biasa UPM bolehlah pergi ke sini. Ia juga digelar kolej 18 dan kolej Batu II. Pilih salah satu. Blok Cina atau Blok Melayu. Dua-dua selesa. panda5
Aku tak berani nak kata apa sangat pasal jirat Cina sebab aku tak berapalah mengetahui mengenainya. Sejarah penubuhan dan apa-apa maklumat tambahan aku memang tak tahu. Yang pasti, ketika aku  m062 tetiba aku dengar bunyi anjing menyalak entah dari mana. Rupanya ada 2 ekor anjing dari rumah jirat datang ke arah aku. Apa lagi… aku rempit terus!!!
DSC01692
Pintu masuk ke jirat Cina UPM.
DSC01690
 Pandangan dari belakang Sanggar Bahasa.
Kalau kubur Islam Melayu aku tak berapa nampak kelibatnya. Yang aku tahu ianya bersebelahan dengan jirat Cina UPM dan betul-betul belakang Sanggar Bahasa UPM.
DSC01691
Kubur Melayu Islam ada di belakang ini, mungkin?
Walau apapun kita sebagai umat Islam wajib percaya yang memang ada makhluk selain daripada manusia di dunia ini. Jin juga adalah makhluk ciptaan Allah. Jumlah mereka adalah 9 kali ganda daripada jumlah manusia .
Cuma tak perlulah kita takut kepada mereka. Kita hanya perlu takut kepada Allah sahaja. Kenapa perlu takut? Baca sahajalah al-fatihah, ayat kursi, 3 kul.
Kalau berani lagi buat jer begini…ha54y3mmghbua6c0b89 ….. (heh).
(I can confirm nobody would do it, neither do I)
Sekian, wasalam.
DSC01716
Ada kisah lain seperti motor ditumpang ‘1208647ruxv4e4rt6’ ketika lalu depan fbmk di waktu malam?
Jom kongsi komen.

2 comments: